Wednesday, July 20, 2011

Monday, June 27, 2011

Oh penyakit!




Oh. Penyakit apakah ini?

bila dekat rasa ada.
bila jauh rasa tiada.

Oh. Oh.






Saturday, June 4, 2011

Oh Jun!




















# Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood.
# Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
# Sukar melakukan sesuatu dengan segera
# Suka menangguh- nanguh
# Telalu memilih & mahukan yang terbaik
# Mudah berkawan & pandai berkawan
# Kurang mempamerkan perasaan
# Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
# Suka pada barang berjenama.
# Mudah menjadi eksekutif
# Kedegilan yang tidak terkawal
# Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan
# Berfikiran jauh & berwawasan
# Mudah ditawan kerana bersikap baik
# Berperangai lemah lembut
# Idea yang terlalu banyak di kepala
# Bersikap sentisitf
# Cepat marah & cepat sejuk
# Suka bercakap & berdebat
# Suka buat lawak & bergurau
# Otaknya cerdas berangan angan
# Orang yang sangat tertib
# Pandai mempamerkan sikap
# Mudah kecil hati
# Mudah kena selesema
# Suka berkemas
# Cepat rasa bosan
# Terlalu memilih dan cerewet




I'm that simple.




;Dr. Hj Fadhilah Kamsah.

Saturday, May 21, 2011

Oh Lain!

Lain.

Bila semua dh lain.

Bila semua dh tak seperti dulu.

Bila semua dh berubah.

Bila semua dh jauh tak sama.



Aku.

Aku mahu semua seperti dulu.

Aku mahu tiada yg berubah.

Aku mahu kau yg dulu.

Aku mahu kau yg tetap tidak berubah perilakumu.

Aku mahu kau, selalu.


Kau.

Kau dh berubah.

Kau dh tak seperti dulu.

Kau dh semakin jauh.

Kau bukan yg aku mahu bagai dulu.

Kau dh jauh, walau kau dekat.

Kau yg aku rindu.


Kau, Aku dan Lain.



Thursday, May 19, 2011

Oh semut!


Org tua-tua cakap jgn makan semut, nnt jadi pelupa/ lemah ingatan.
Agak-agaknya dh berapa ekor semut saya makan?
Erk.?


**********************************************************************




Suatu hari di sebuah klinik

Kring.Kring.

Doktor:
Hallo. Doktor hensem bercakap.

Makcik:
Doktor, tolong saya. Anak saya makan semut! *nada cemas

Doktor:
Oh. Ok. Rilek makcik. Rilek. Doktor hensem disini. Makcik tenang. Jgn cemas. Saya lemas. Semut tak bahaya. Tak! Rilek makcik eh.

Makcik:
Ok. Makcik Rilek. TAPI makcik dh spray racun serangga dlm mulut anak makcik tu. Harap-harap cepatla mati semut tu ye. Anak makcik pun dh rilek semacam lak dia tu hah. Putih mata2.

Doktor:
Apa? Makcik, bawak anak makcik ke hospital. Cepat!








*p/s: makcik ni BUKAN Makcik Gomen



Wednesday, May 18, 2011

Oh manusia!


Kalau jumpa manusia mcm ini, sila sepak laju-laju.
Selamatkan nyawa si anak itu.
Yg si tua berakal & berfikir ini, biarkan dia.
Biarkan.

Monday, May 16, 2011

Oh Makcik!


*post ini bukan mengenai sesiapa. Mengenai saya cuma. Tp bukan saya juga.




Makcik stress




Sekarang dh faham. Sekarang baru saya faham.

Dulu selalu if pergi pejabat kerajaan utk urusan apa-apa mesti frust. Frust sbb dilayan kerek oleh makcik gomen. (Eh.eh my mum pun makcik gomen, tau! Tp dlm kes ni dia dikecualikan hoccay!) Salah isi borang lah. (sedangkan dia yg bg borang tu) Sain salah tempat la (dh suruh sain, saya sain lah). Tulisan senget lah. Itu lah. Ini lah. pass saya sana. Pass saya sini. Tp yang paling tempering sekali kena tunggu lamaaaaaaaaaaaa. Makcik tu plak lengkap pakej muka sinis masam mencuka. Hot gila. Bukan hot yg cun gila itu. Bukan!

Tapi.

Tapi.

Sekarang saya dh jd kakak gomen. Baru saya faham. Baru saya tahu kenapa dulu2 makcik gomen berperangai begitu. Banyak faktor. Banyak! Mungkin;

# Semalam gaduh dgn suami. Suami sibuk nk tgk Maharaja lawak, makcik teringin nk tgk calon menantu kt Imam Muda. Dh bergaduh.

# Makcik dh tempah baju yg vogueh, terlebih kecik pulak. Dh xbleh pakai pegi kenduri anak Bedah bini Ismail Lambong. Stress

# Nasik lemak ayam sambal kurang pedas. Semalam dh komplen. Hari ni dh lagi xpedas. Tension

# Waktu makan. Tp keja xsiap lagi. Semua nk cepat cepat cepat. Makcik pulak Ok.Ok.Ok je memanjang

# Pelanggan cakap lebih kurang. Cakap mcm tak cukup adab. Makcik hot tempered. Mana bleh tahan. Makcik blm pegi kursus anger managemant lagi. Makcik jd naga, menyembur-nyembur.

# Makcik keja banyak. Tp gaji makcik mcm org keja mkn kuaci. Makcik ada hutang gelang emas tak habis bayar lg tu. Dh kena marah lg dgn laki makcik

# AF9 Kay dh disingkirkan. Siapa lg nk terjerit2 Awesome dpn tv lg tiap2 minggu. Rindu lah makcik nnt. Sunyi tau makcik.


Hurm. Mungkin bnyak lagi lah sbb makcik jd mcm tu. Kita tak tahu. Dan mungkin anggap tak perlu tahu.
TAPI BUKAN SEMUA MACAM NI TAU! BUKAN SEMUA.

Kita kena fahamlah kenapa jadi mcm tu. Bnyak faktor tu. Kenalah saling timbang rasa.
Buat makcik, pakcik kakak & abg gomen, sabarlah melayan kerenah pelanggan. Sabar. Kita keja kena ikhlas, keja bukan sebab duit @ nk hilangkan boring semata-mata. Bukan. Kerja kita kenalah Li'llahi Ta'ala. Rezeki dari gaji kita tu nk buat makan anak bini laki makan. Pastikan sumber kena lah halal.




P/s: hari ni saya dh melayan pelanggan seperti mana makcik gomen melayan saya dulu. Maaflah pelanggan saya itu. Saya lapar & kerja saya bnyak nk dipikul. Saya manusia biasa juga. Perlu makan perlu masa perlu menyembah Tuhan yg Esa. Saya manusia biasa. Bukan robot berbateri energizer.