Wednesday, July 20, 2011

Monday, June 27, 2011

Oh penyakit!




Oh. Penyakit apakah ini?

bila dekat rasa ada.
bila jauh rasa tiada.

Oh. Oh.






Saturday, June 4, 2011

Oh Jun!




















# Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood.
# Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
# Sukar melakukan sesuatu dengan segera
# Suka menangguh- nanguh
# Telalu memilih & mahukan yang terbaik
# Mudah berkawan & pandai berkawan
# Kurang mempamerkan perasaan
# Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
# Suka pada barang berjenama.
# Mudah menjadi eksekutif
# Kedegilan yang tidak terkawal
# Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan
# Berfikiran jauh & berwawasan
# Mudah ditawan kerana bersikap baik
# Berperangai lemah lembut
# Idea yang terlalu banyak di kepala
# Bersikap sentisitf
# Cepat marah & cepat sejuk
# Suka bercakap & berdebat
# Suka buat lawak & bergurau
# Otaknya cerdas berangan angan
# Orang yang sangat tertib
# Pandai mempamerkan sikap
# Mudah kecil hati
# Mudah kena selesema
# Suka berkemas
# Cepat rasa bosan
# Terlalu memilih dan cerewet




I'm that simple.




;Dr. Hj Fadhilah Kamsah.

Saturday, May 21, 2011

Oh Lain!

Lain.

Bila semua dh lain.

Bila semua dh tak seperti dulu.

Bila semua dh berubah.

Bila semua dh jauh tak sama.



Aku.

Aku mahu semua seperti dulu.

Aku mahu tiada yg berubah.

Aku mahu kau yg dulu.

Aku mahu kau yg tetap tidak berubah perilakumu.

Aku mahu kau, selalu.


Kau.

Kau dh berubah.

Kau dh tak seperti dulu.

Kau dh semakin jauh.

Kau bukan yg aku mahu bagai dulu.

Kau dh jauh, walau kau dekat.

Kau yg aku rindu.


Kau, Aku dan Lain.



Thursday, May 19, 2011

Oh semut!


Org tua-tua cakap jgn makan semut, nnt jadi pelupa/ lemah ingatan.
Agak-agaknya dh berapa ekor semut saya makan?
Erk.?


**********************************************************************




Suatu hari di sebuah klinik

Kring.Kring.

Doktor:
Hallo. Doktor hensem bercakap.

Makcik:
Doktor, tolong saya. Anak saya makan semut! *nada cemas

Doktor:
Oh. Ok. Rilek makcik. Rilek. Doktor hensem disini. Makcik tenang. Jgn cemas. Saya lemas. Semut tak bahaya. Tak! Rilek makcik eh.

Makcik:
Ok. Makcik Rilek. TAPI makcik dh spray racun serangga dlm mulut anak makcik tu. Harap-harap cepatla mati semut tu ye. Anak makcik pun dh rilek semacam lak dia tu hah. Putih mata2.

Doktor:
Apa? Makcik, bawak anak makcik ke hospital. Cepat!








*p/s: makcik ni BUKAN Makcik Gomen



Wednesday, May 18, 2011

Oh manusia!


Kalau jumpa manusia mcm ini, sila sepak laju-laju.
Selamatkan nyawa si anak itu.
Yg si tua berakal & berfikir ini, biarkan dia.
Biarkan.

Monday, May 16, 2011

Oh Makcik!


*post ini bukan mengenai sesiapa. Mengenai saya cuma. Tp bukan saya juga.




Makcik stress




Sekarang dh faham. Sekarang baru saya faham.

Dulu selalu if pergi pejabat kerajaan utk urusan apa-apa mesti frust. Frust sbb dilayan kerek oleh makcik gomen. (Eh.eh my mum pun makcik gomen, tau! Tp dlm kes ni dia dikecualikan hoccay!) Salah isi borang lah. (sedangkan dia yg bg borang tu) Sain salah tempat la (dh suruh sain, saya sain lah). Tulisan senget lah. Itu lah. Ini lah. pass saya sana. Pass saya sini. Tp yang paling tempering sekali kena tunggu lamaaaaaaaaaaaa. Makcik tu plak lengkap pakej muka sinis masam mencuka. Hot gila. Bukan hot yg cun gila itu. Bukan!

Tapi.

Tapi.

Sekarang saya dh jd kakak gomen. Baru saya faham. Baru saya tahu kenapa dulu2 makcik gomen berperangai begitu. Banyak faktor. Banyak! Mungkin;

# Semalam gaduh dgn suami. Suami sibuk nk tgk Maharaja lawak, makcik teringin nk tgk calon menantu kt Imam Muda. Dh bergaduh.

# Makcik dh tempah baju yg vogueh, terlebih kecik pulak. Dh xbleh pakai pegi kenduri anak Bedah bini Ismail Lambong. Stress

# Nasik lemak ayam sambal kurang pedas. Semalam dh komplen. Hari ni dh lagi xpedas. Tension

# Waktu makan. Tp keja xsiap lagi. Semua nk cepat cepat cepat. Makcik pulak Ok.Ok.Ok je memanjang

# Pelanggan cakap lebih kurang. Cakap mcm tak cukup adab. Makcik hot tempered. Mana bleh tahan. Makcik blm pegi kursus anger managemant lagi. Makcik jd naga, menyembur-nyembur.

# Makcik keja banyak. Tp gaji makcik mcm org keja mkn kuaci. Makcik ada hutang gelang emas tak habis bayar lg tu. Dh kena marah lg dgn laki makcik

# AF9 Kay dh disingkirkan. Siapa lg nk terjerit2 Awesome dpn tv lg tiap2 minggu. Rindu lah makcik nnt. Sunyi tau makcik.


Hurm. Mungkin bnyak lagi lah sbb makcik jd mcm tu. Kita tak tahu. Dan mungkin anggap tak perlu tahu.
TAPI BUKAN SEMUA MACAM NI TAU! BUKAN SEMUA.

Kita kena fahamlah kenapa jadi mcm tu. Bnyak faktor tu. Kenalah saling timbang rasa.
Buat makcik, pakcik kakak & abg gomen, sabarlah melayan kerenah pelanggan. Sabar. Kita keja kena ikhlas, keja bukan sebab duit @ nk hilangkan boring semata-mata. Bukan. Kerja kita kenalah Li'llahi Ta'ala. Rezeki dari gaji kita tu nk buat makan anak bini laki makan. Pastikan sumber kena lah halal.




P/s: hari ni saya dh melayan pelanggan seperti mana makcik gomen melayan saya dulu. Maaflah pelanggan saya itu. Saya lapar & kerja saya bnyak nk dipikul. Saya manusia biasa juga. Perlu makan perlu masa perlu menyembah Tuhan yg Esa. Saya manusia biasa. Bukan robot berbateri energizer.


Sunday, May 15, 2011

Oh penakut!

Penakut.

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku

Ini tidak adil!

Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku.


; Yuna



Monday, May 9, 2011

Oh Work!








my work doesn't pleased me anymore. i lost the passion & i just don't like it.






Tuesday, April 19, 2011

Oh Love & Lust!

Love is an emotion of strong affection and personal attachment, a virtue representing all of human kindness, compassion, affection. A variety of different feelings, states and attitudes, ranging from generic pleasure to intense interpersonal attraction.

and

Lust is an emotional force that is directly associated with the thinking or fantasizing about one's desire, usually in a sexual way.





i think i love you,

but

indeed, i think you lust me?


Wednesday, April 13, 2011

Oh Smell !








i miss that smell. sniff. sniff.






you.





i miss you.






Sunday, April 10, 2011

Oh Anniversary!

Just remembered on their wedding anniversary last 14 years ago.
How they celebrate it together. Leaving their daughters at home.
Going somewhere for dinner.
And still I remember how they got home with a bouquet of roses in her hand.
Smiling happily. How romantic he was and how lucky she were.
And it was their last anniversary together.


I miss them both.

I love them thousands and millions.

11.04.2011
Happy supposed-to-be 26 years of wedding anniversary dear dad & mom.


Al-Fatihah.





p/s: they were the only persons who made me believe the phase
"Till death do us part" ,
until now

Tuesday, March 29, 2011

Oh Oren!




Dh 2 3 hari ni perut asyik melompat lompat nk mkn oren. Tekak asyik menjerit jerit nk minum fresh oren. Gigi pun mengigil gigil nk gigit oren. Mungkin sbb gigi geraham nk gigit oren buat kali terakhir. T_T.

Dh 3 hari minum fresh oren. Ptg ni pun aim nk pegi pasar mlm beli buah oren. Banyaaaakkkk2!!

Tapi kenapa buah oren? Bukan buah merah, biru atau kuning?

# Buah oren banyaaaaaak khasiat. Ada vitamin A, B1, B2 dan C. Ada Folat dan juga Karbohidrat.
- Nk cantik? Oren ada kolagen. Tak payah dh nk cucuk sana cucuk sini. Botox atas botox bawah. Ngeri!
Ermm. Tp kulit saya tak cantik juga. Tataw lah knp pulak. T___T

- Nk kurus? Makan lah oren. Oren melambatkan proses pengenyangan perut. Maksudnya akan terasa kenyang lebih lama.
Saya pula, kalu mkn oren, musti kerap ke tandas. Terbukti oren bleh men'slim'kan. Itu pasal badan saya 'mcm org sakit'. Blerghhh

# Buah oren wangi kan?. Bau segar!
- Saya suka orang bau oren. Rasa nk gigit! Rasa mcm org tu segar dan mandi. Mandi dlm limpahan buah oren.? Nakal! Haha

# Buah oren tak mahal sangat & senang dapat.
- Takde lah murah sgt & tak lah mahal sgt. Yg sedang2 saje. Kalu tgh2 bulan pn, Insyallah mampu lagi beli 5 biji oren. Lagi2 senang je nk dapat. Kt mana2 pun ada. Fresh orange lagi lah. Semua kedai ada. Pasaraya PETL dkt rumah tu pun ada. Kedai mkn depan Sekolah Kelibang tu lagi lah ada. Walaupun kureng Umpphh. Heeeeeee :()

# Buah oren bulat. Comel!
- Kan comel buah oren tu. Bulat je. Kulit pn berkilat. Cuma kadang2 ada oren yg berkedut-kedut, berlubang-lubang sket. Tapi isi dlm tetap best!
Alaaaa, kita manusia pun muka berkedut, berlubang jugak kannnnnn.

# Saya perasan minah saleh celup. Sebab tu saya suka oren.
- Saya kurang mkn buah2an tempatan sebenarnya. Rambutan saya geli, durian saya nk pengsan. Chempelak pun saya nk pitam. Kesimpulannya buah2an berbiji mmg saya tak mkn. Mmg tak! Itu pasal girlfrends2 & adik2s cop saya gadis perasan omputih. Harap faham. Ngeee :O

Senang. If korang dtg melawat ke, pergi rumah saya ke, bawak je buah oren. ;p

* Fun Facts
- Lelaki berperut comel berbaju oren boleh membuatkan saya gila tahap 2. Kalu dia senyum pada saya, kegilaan automatik jadi tahap 3! :)

- WALAUBAGAIMANAPUN, tertuduh2 berbaju oren di Mahkamah saya langsung tak pernah menarik perhatian pun. Maaf. Not in List.



- Saya tak banyak baju bewarna oren mahupun bergambar oren. Mungkin minat makan & bukan memiliki, kut.

- Saya tak minat Zahid AF2. Belanda pun tak. Ngehngeh












hey lelaki berbaju oren, saya suka awak yg dulu! :)

Sunday, March 27, 2011

Oh sakit!



kenapa ni? kenapa?





makan tak lalu.


tido tak lena.


mandi tak basah.






tolong!

ulat jahat! dia makan gigi saya. :(


sabar gigi sayang. appointment hari selasa sayang. 3 hari lagi sayang.
Ouch!




bagaimanakah memanfaatkan 3 hari?



Bismillah...

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Oh Murung Murungan!


Sehari dua ini mengalami gangguan tidur. Gangguan yg tidak dpt dielakkan. Having horrible nightmare, repeatedly. Perasaan yg bercampur baur serta makan yg byk tp x ber + berat pun. :(
Jadi terus meluah kan perasaan to those who are closed and hopefully care. And one of them suggest that im having depression. Whoa!



Apa itu? apa itu? Am I?
Tanya pakcik Google & jom share.

Depression/ kemurungan;

"May be described as feeling sad, blue, unhappy, miserable, or down in the dumps. Most of us feel this way at one time or another for short periods.True clinical depression is a mood disorder in which feelings of sadness, loss, anger, or frustration interfere with everyday life for a long period of time." ;PubMed Health


Adakah anda:

( ) mengalami perubahan perasaan melebihi 2 minggu?
( ) berasa putus asa/ tiada harapan/ bersalah/ tidak berharga/ tidak bermaya?
( ) hilang keseronokan/ tumpuan/ minat
( ) hilang @ bertambah selera makan melampau?
( ) gangguan tidur & cepat letih
( ) rasa ingin bunuh diri (OH MY!)

Jika mostly ialah YA or YES, oh my! itu depression dowh!
tolong! tolong!

Jangan dibiarkan weh. Silap2 leh end up kt Tanjung Rambutan.

Jomlah ;

* Bantu dgn berbual, menasihati, mendengar & beri sokongan. Sokonglah apa yg patut.
-Hiburkan hati dia. Bg gelak2 mcm mereng. So dorang pn msti xsedar yg dorg adalah depress. Silap2 korang pulak yg depress nk bg dia gelak.

*Pergi hospital. Jumpa doktor.
-Nanti doktor bg ubat. Akan diagnose & recommend apa yg patut. Trust them! *chewah.
Nk baik takkkk???

*Sertai terapi. Pakai perapi pun boley.
-Jgn takut utk mintak tolong. Berbual dlm berkumpulan @ individual. Sharing is caring. Ntah ntah sharing is loving loving? Manalah tahu! Haaaaa

*Try to understand them.
-Mebi susah nk faham sbb pelik2 kan. Tp buat2 je faham. Konon2 je. Musti dorang suka punyalah!

*Most most important; Dekatkan diri dgn Tuhan.
-Percayalah, dgn mdekatkn diri dgn Dia, kita akn tenang. Tiada depress. Dosa juga terhapus. Insyallah.


#FUN FACTS

1. 10% remaja mengalami kemurungan- dlm sedar @ pun tidak.
2. 1/4 wanita akan pernah mengalami kemurungan. Bergantung kpd keadaan.
3. Wanita berkahwin lebih mudah mengalami kemurungan. Oh anak2 & suami?
4. 1/5 daripada wanita yg depress mencari rawatan. Yang lain mana weh.?

Sgt fun kan fact ni? So, SELAMAT HARI WANITA, wanita! Anda amat fragile & hebat! jaga diri!






Eh. Eh. Tiba2 rasa dh tak depress dh. WAW!
Alhamdulillah :)






Saturday, February 19, 2011

Oh Farewell!

farewell & some gediks.
pictures speaks thousand words.



bos-bos baik hati tangkap gambar staff. baik hati!
*bodeks.



yang diraikan, Puan Ramelah.
"lepas ini kena taip documents semua sendiri dah ye"
T____T


Orang kuat
&
orang kuat makan


*gediks


*credits to Farhana Ahmad for those pictas :)

Thursday, February 17, 2011

Oh Menangis!



Semalam menangis lagi
Menangis bukan sbb panas yg semakin membahang walaupun malam.
Menangis bukan sbb nyamuk mengganas sbb bukak semua pintu tingkap.
Menangis bukan sbb kena marah dgn cik Tiqah sbb bukak semua pintu tingkap.
Menangis bukan sbb sakit.
Menangis bukan sbb gatai.

Tapi, menangis sbb ini, kali ke patblas;-


Artificial Intelligence.


Cerita ni mmg buat saya sedih. Sedih tidak berpenghujung. Nk tido pun airmata bergelenangan lagi. Ingat sampai ke pagi. Mungkin ingat smpai seminggu lagi. Cukup emosi.
Kenapa saya perlu emosi dgn cerita ini?

Sbb cerita ini pasal seorang robot kanak2, David yang dicipta untuk menyerupai manusia. Beremosi tapi tidak sama dalam beberapa segi. Dia ni substitute kpd suami isteri yg mmpunyai seorang anak cacat. Mmg sedih bila tgk cara David bersaing untuk mendapatkan perhatian "ibu". Bagaimana dia cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yg disayangi si "ibu". Bagaimana dia berusaha untuk menjadi manusia sebenar agar "ibu" sayang dia. Pengembaraan dia mencari si Pari Biru agar impian tercapai. Dimana at last after 2000 years, impian dia tercapai oleh alien2 yg amat mengagumi ciptaan manusia yg masih berjaya tinggal. Akhirnya, dia dapat bersama dgn "ibu" walaupun sehari. Dia memanafaatkan sehari itu dgn sebaik sgt. Dgn rasa cinta & sayang kpd ibunya. What a sad ending.

Dari cerita ini menyedarkan tentang indahnya kasih sayang kpd ibu. Dimana jika saya diberi peluang untuk bersama dgn seseorang yg telah tiada, saya juga akan pilih Emak saya. The funny things is, saya masih simpan rambut Emak dari sikat kerana cerita ini. Mungkin saya akan simpan selamanya walaupun mustahil lah nk jadi mcm cerita ni kan.

Juga, saya pernah tgk cerita ini dgn Emak saya. She falls asleep after first 20 minutes. Saya faham, sbb Emak penat sangat. Bekerja menjaga kami yg masa tu "macam2 gila". Esoknya Emak tnya ending cerita, saya juga ceritakan. Dan last sekali saya tnya jika Emak diberi peluang untuk bersama dgn seseorang yg telah tiada, Emak pilih siapa?

Jawab Emak;- Dengan suami Emak lah, ayah saya.
Saya kagum agungnya cinta kedua ibubapa saya dimana hanya ajal telah memisahkan mereka.

Jika ditanya pada saya soalan sama, sampai bila-bila pun jawapan saya akan tetap sama,
Saya ingin peluang sekali lagi untuk bersama dgn dia walau sehari, memohon maaf, menggembirakan hati, berterima kasih tidak terhingga untuk segalanya kepada dia;

Emak saya.





"His love is real, but he is not"

Tuesday, February 8, 2011

oh- less!

without you,

the ice creams were taste-less

the asam pedas were fish-less

the sup ekor were spicy-less

the a.b.c were nutty-less

the kuetiaw were oily-less

the omelettes were egg-less

the nasi lemak were anchovy-less

the tomyam were seafood-less

the chicken chop were gravy -less

the drinks were ice-less

the oblong were black paper-less

the roti planta were planta-less

the milo were milky-less


My day were bitter.





and its sound stupid ;p

Thursday, February 3, 2011

oh nikmatnya!

azam bulan dua.

setiap hari nak punch kad tepat pukul 5.00 p.m

tiada 5.01

tiada 5.05

tiada 5.30


4.45 dh boleh kemas2 kertas pen file surat getah kertas punchole

4.48 dh boleh shutdown pc off printer switch off almari tutup mulut

4.50 dh boleh letak handbag atas meja tiup2 tudung pakai lipstik muahx muahx

4.53 dh boleh tutup pintu tarik gril tepuk tangan

4.55 dh boleh jalan2 lenggang kangkong turun tangga singgah toilet tiup2 tudung pakai lipstik muahx muahx lagi

4.58 dh boleh pegang kad standby action

5.00 tingtong!

nikmat rupanya punch kad pukul 5 ni.
dua hari lepas dh berjaya!
oh yeah!

*next week kak ram dh pencen. siapa lagi nk berebut punch kad pukul 5 dgn saya? sobsobs